Pada hari ini saya rasa bersyukur dan segala pujian juga untuk tuhan semesta alam, saya bersyukur dan begitu menghargai kehadiran keluarga dan kawan-kawan yang selama ini terlalu banyak memberi dorongan dan menolong saya dikala menghadapi kesukaran. Sukar untuk dibayangkan apabila menjalani kehidupan seorang diri tanpa arah tujuan.
Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan seharusnya kita hargai dan bersyukur seadanya terhadap apa juga bentuk bantuan yang diberikan kepada kita, sekurang-kurangnya orang disekeliling kita akan menghargai dan menghormati kita tanpa menyimpan apa-apa perasaan dendam dihati.
Semenjak dari kecil hinggalah ke alam dewasa apa juga kejayaan yang kita perlolehi harusnya ia bukanlah milik mutlak kerana tanpa kehadiran orang yang rapat dan tersayang segala kejayaan itu pasti tidak akan dapat kita miliki. Apa pun teman yang sebenarnya paling dekat pada kita adalah tuhan pencipta alam semesta ini sudah tentulah dia lebih memahami dan mengetahui segala gelodak perasaan yang kita pendam dan apa juga perkara yang akan kita lalui kerana Dia itu maha tahu. Sebaik-baiknya walau apa juga masalah yang kita hadapi dekatkanlah diri kita kepada Allah nescaya Dia akan sentiasa ada bersama kita mendengarkan masalah kita kerana pada-NYA lah tempat kita mengadu dan tatkala bersendirian dengan mengabdikan diri kepada tuhan itulah ketengan yang paling berharga yang akan kita dapat. Kita harus berfikiran realistik dimana setiap apa juga kejayaan mahupun kegagalan yang kita perolehi pasti ada hikmah disebaliknya, oleh itu ada baiknya kepada Allah jugalah tempat kita bersersh mengucapkan syukur dan memujiNYA. Hidup di zaman moden memerlukan kita menjadi manusia yang rasional ini kerana setiap kesusahan, kekecewaan, kesedihan dan kemarahan yang kita rasai disebabkan perbuatan buruk orang lain tidak perlu kita balas dengan saling berdengki-dengki untuk menjatuhkan orang lain dengan dengan menggunakan bomoh, sihir dan perkara-perkara syirik yang dilakukan semata mahu memusnahkan kehidupan orang dan sesungguhnya sifat sebegini adalah sifat orang yang jahiliah dan tidak bertamadun kerana hidup berlandaskan nafsu amarah dan dendam yang pastinya hanya merugikan.
Kita harus sedar hidup ini perlu punya panduan dan sebagaimana kata bijak pandai orang yang menggunakan akal ialah orang yang berjaya menyesuaikan dirinya dengan bersederhana dalam kehidupan di dunia tetapi orang yang hanya menggunakan nafsu menjadi lebih malang apabila dunia yang menyesuaikan dirinya kerana mereka lebih suka hidup berlebihan dan membazir tanpa punya matlamat dalam hidup.Harus kita ingat sekaya dan setinggi mana pun ilmu yang kita ada ia pastinya tidak memberikan ketenagan dalam hidup jika kita tiada panduan untuk menuju jalan yang lurus bukannya berpandukan peta tetapi peta kehidupan setiap insan itu ialah berpegang teguh dan percaya hanya pada tuhan yang satu dan agama yang abadi iaitu Islam.
CoKlaT daN kaMu??
15 years ago
No comments:
Post a Comment