Lorong 3 & Kenangan
Hampir 2 tahun aku tingalkan keindahan dan suasana ceria di Port Dickson. Bermacam-macam kenangan dan memori pahit dan manis yang masih lagi tergiang-giang dalam kotak fikiran.Aku masih ingat tanggal 7.7.2004 aku mendaftarkan diri sebagai pelajar poli untuk diploma pemasaran dan pada ketika itu berat juga langkah aku nak tinggalkan rumah sebab 3 bulan sebelumnya aku habiskan masa menyertai PLKN di PDS Resort di Pasir Panjang. Tapi atas keinginan yang tinggi untuk sambung belajar dan sokongan family aku tekad untuk habiskan 3 tahun lagi untuk memperoleh Diploma.
Sememangnya banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat semasa belajar di situ. Bermula dari situ aku mula kenal erti remaja, persahabatan dan pengkhianatan. Perkenalan dengan rakan-rakan baik yang sekepala buat aku tambah seronok belajar, kawan-kawan aku Masni, Atie, Zura & Alin banyak bersama-sama aku dan kami sama-sama harungi pertelingkahan sesama rakan sekelas ini banyak mengajar kami untuk mengenal siapa musuh dalam selimut….akhirnya yang pembikin fitnah sendiri menanggung perbuatan terkutuk sebab menganiaya orang lain…hahaa padan muka kau….
Lupakan kisah sedih lagi menyakitkan hati tu, apa yang lebih menarik ialah kenangan ketika kami berenam termasuk Azu menyewa di Lorong 3 nombor 66. Dirumah itu dan kawasan yang sewaktu dengannya menyaksikan kehidupan kami yang seronokdalam meniti hari-hari sebagai remaja. Masih ingat lagi ketika itu kami berjiran dengan sekumpulan pelajar lelaki yang turut menyewa dihadapan rumah kami. Apa yang tak dapat dilupakan kami sebenarnya saling mengintai antara satu sama lain hahaha….memang kelakar bila masing-masing akhirnya kantoi huhuhu….malu tak tau mane nak letak muka. Ini semua terjadi apabila salah seorang kawan aku Si Zura yang kuat melatah termelatah bila kami dari belakang mengendap zura masa dia leka mengintai…hahaha ape lagi die melatah sambil menjerit-jerit kebetulan pulak budak-budak laki depan tu tengah lepak depan rumah semua pandang arah rumah kami pe lagi malu la bila masing-masing terpandang satu sama lain. Apa yang boleh dikatakan aktviti harian kami dah kantoi…tapi seronok jugak….
Satu lagi kengangan manis yang aku paling tak dapat lupakan bila untuk projek akhir course kami kumpulan kami yang buat preparation last minute terpilih jadi wakil jabatan untuk bertanding dengan jabatan lain. Wooow seronok bukan kepalang pe taknye persiapan yang kami buat mase dateline de 2 weeks je tapi aku solute la ngan kawan aku yang lain sebab buat projek ni secara professional. Life kat PD buat aku rase happy tapi tak la berlebih-lebih. Bila ade mase terluang kami kerap habiskan dengan bermain air sepuasnya di pantai poli….sebabkan budak-budak poli selalu sangat mandi kat pantai depan politeknik ni name pantai tu pun secara rasmi orang panggil Pantai Poli….
Untuk last semester kami semua dikerah untuk menyertai kem Bina Negara best sebab kami spend 2 hari di kuarters KLIA…tapi ade pengalaman mlucukan mase kat sane. Ceritenye bermula pada malam pertama disana kami telah disuruh beratur panjang dan setiap seorang diberi nombor giliran masing-masing ini untuk aktiviti Solo Camp yng dibuat di hutan berhampiran.
Tiba je giliran aku kene redah hutan sorang aku dah pesan pada membe aku Atie untuk tunggu aku dipokok berhampiran. Masa aku jumpa atie dekat pokok tu kami takut jugak tapi nekad je jalan tapi sampai satu kawasan yang banyak pokok tu gelap sangat tetibe je segumpal kain putih tepat kene kat muke aku pe lagi sebabkan panic sangat aku baling kuih ngan air mineral tu kat arah tempat orang yang baling aku tu…sakit hati aku ni dah la tengah takut lepas tu nak takut-takutkan orang lagi…hampeh. Sekali lagi kami jalan lebih jauh tapi sampai satu curam aku makin takut dan panic bila de pulak kain putih berjalan mendaki nak pergi arah kami aku ngan Atie pun berpeluk dan bace ayat kursi sekuat-kuatnye wawawa takut betul…tapi yang pelik aku sambil aku ngan atie bace ayat tu aku tengok kain putih tu bergerak macam orang berguling lak….pelik aku. Esoknye semase raptai penutup majlis tu salah seorang cikgu yang melatih telah berucap dan die dengan selamba telah mencerikan kepada semua orang bahawa terapat dua orang pelajar yang begitu bersungguh-sungguh mengaji…pe lagi kawan-kawan aku semua riang hati gelakkan aku dan Atie…
Tempat paling adventure aku ngan kawan-kawan aku pergi kat Gunung Senyum tempat tu memang best kat situ jugak la ak terpegun tengok keindahan alam ciptaan tuhan...subhanallah bila kami tengok kolam di tengah hutan tu air dalam die warna biru tapi sayang la penunjuk arah tu kata jangaj berani-berani nak tangkap ikan dalam kolam tu sebab de penunggu yang jaga ikan-ikan dalam tu... satu lagi keadaan gua yang sejuk kadang-kadang buat kami semua rase takut juga sebab tempat tu gelap sangat bila tetibe penunjuk arah tu suruh semua tutup lampu...menariknye pasal Gunung Senyum banyak cerita mistik.misteri dan sejarahnya....
CoKlaT daN kaMu??
15 years ago
No comments:
Post a Comment