Saturday, January 24, 2009

Kesal , Kecewa , Marah & Dendam tidak berguna jika Umat Islam tidak bersatu

Genap hari ini sudah hampir seminggu gencatan senjata berlangsung di antara Israel (laknatullah) dengan Hamas. Walaupun sudah seminggu perang ini berakhir tetapi hingga kini kita masih lagi mendengar berbagai-bagai cerita sedih yang meruntun-runtun jiwa kemanusiaan ini tatkala menatap gambar kanak-kanak yang tidak berdosa kaum wanita dan keluarga terpaksa menanggung sakit kerana kecederaan yang dialami disebabkan kezaliman dan sikap kebinatangan mahkluk yang berbangsa yahudi yang boleh kita gambarkan mereka ini seperti yajuj dan majuj yang sering melakukan kerosakan di muka bumi ini tanpa sempadan. Disebabkan perang ini juga hampir keseluruhan rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan bakal mengalami kebuluran jika Mesir yang merupakan kambing hitam Israel berdegil tidak mahu membuka sempadan mahupun Israel yang bertindak kejam menyekat bantuan-bantuan antarabangsa.


Pada ketika ini apa yang sangat menyedihkan kita penindasan dan peperangan ini berlaku adalah berpunca daripada umat islam sendiri yang semakin lemah dan kerap berbalah pendapat disebabkan perbezaan politik , ideologi mahupun keturunan. Sesungguhnya sebagaimana yang diingatkan oleh Allah terhadap hambanya bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga mereka yang mengubahnya sendiri. Perubahan yang boleh kita lakukan bukan sekadar duduk semeja berbincang mengenai isu ini tetapi kita perlu bersatu hati dan bekerjasama sesama islam untuk mempertahankan agama suci ini.

Di sini apa yang perlu kita lakukan buangkan sikap mementingkan keduniaan percayalah setiap pergolakan yang tercetus terutamanya dikalangan umat islam adalah disebabkan kita terlalu memandang tinggi keturunan yang kita warisi tanpa kita sedar taraf kita disisi Allah adalah sama. Tidak malukah kita dengan para-para Nabi dan Sahabat Nabi itu yang kehidupan mereka sangat zuhud terhadap akhirat sedangkan semasa hidup mereka telah pun dijanjikan oleh Allah bahawa mereka akan sentiasa mendapat kehidupan yang baik diakhirat, sedangkan kita manusia biasa yang belum tentu lagi setiap amalan kita itu bakal diterima atau sebaliknya oleh Allah terlalu angkuh hidup dimuka bumi ini.


Manusia pada masa kini lebih memandang status dunia berbanding status kehidupan diakhirat, contoh ini terlalu hampir sangat dengan kehidupan harian kita dimana lihat sahaja kita sanggup berhabis-habisan hanya untuk melakukan sesuatu majlis hanya kerana terlalu memandang tinggi keturunan yang diwarisi dan pangkat yang disandang. Begitu juga kehidupan yang diamalkan oleh umat islam itu sendiri melampaui batas kehidupan mereka sebagai contoh baru-baru ini salah seorang keturunan raja Arab yang berebut-rebut untuk membeli pasukan bola sepak liga inggeris sesungguhnya apa yang dicari denga bola itu? adakah bola-bola itu boleh menbantu mereka ketika berdepan dengan hukuman Allah diakhirat nati?Gila lah jika itu yang dijadikan sebagai misi hidup mereka. Sepatutnya pada ketika ini mereka membantu saudara islam di palestin, apalah salah jika duit yang berbilion itu disalurkan untuk bantuan kepada saudara islam di palestin ini kerana mereka adalah golongan yang mampu melainkan kita ini sekadar mampu menadah tangan bermohon doa dan menyuarakan rasa marah sebagai satu cara untuk menyedarkan diri kita dan yang lain.


Seperkara lagi kehidupan dan kesenangan yang melimpah ruah telah membuatkan kita lupa kepada orang lain yang hidup susah, sesungguhnya bagi si kaya pada fikiran mereka apa guna harta yang melimpah-ruah yang diperolehi atas kerja keras selama ini perlu dikongsi bersama orang miskin yang pada pandangan mereka hanya menyusahkan orang lain. Hal ini dapat kita lihat melalui layanan melampau diberikan kepada orang yang berkuasa kononnya dalam menyambut sesuatu keraian tanpa memikirkan duit yang dikeluarkan itu bukanlah hak mutlak mereka sebaliknya ia adalah kepunyaan orang-orang yang lebih memerlukan.


Pada ketika ini islam sangat dahagakan seorang pemimpin zuhud , mulia dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam islam bangkit menyatupadukan seluruh umat islam yang sememangnya lebih ramai dari golongan kafir untuk menentang segala bentuk kekejaman yang dilakukan kepada orang islam lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku di Palestin.


Antara lain melalui kisah sedih, kecewa , marah dan dendam yang dialami oleh saudara islam kita di Palestin bakal memberi pengajaran berguna kepada kita supaya ketepikan status keturunan, pangkat, kekayaan yang bersifat sementara agar kita bersatu supaya dapat melahirkan harapan baru dalam membela nasib islam dan umatnya. Ingatlah kita ini adalah umat akhir zaman yang beruntung sebenarnya kerana setiap cabaran getir yang diberikan kepada kita itu adalah tandanya Allah kasih dan sayang kepada kita supaya kita tidak berputus harapan dan terus berusaha , bertqwa dan bermohon kepada Allah yang satu. Ingatlah betapa Nabi Muhammad itu amat menyayangi umatnya hinggakan apabila sampai saat menghembuskan nafas terakhir baginda sempat menyeru Ummat ku sebanyak tiga kali sebagai tanda kasihnya baginda dan sedih tatkala terpaksa berpisah dengan umatnya. Oleh itu balaslah pengorbanan dan kasih sayang baginda dengan bersatu padu dan bekerjasama melaksanakan kembali segala syariat yang pernah dilakukan baginda semasa memerintah kota Madinah. Sandarkanlah kehidupan yang sementara ini dengan ketinggian iman dan jihad serta bersederhana.

No comments:

Post a Comment