Saturday, January 31, 2009

Hidup Islam...Tabik Erdogan....HANCUR ISRAEL

Semalam kita dikejutkan dengan insiden perdana menteri Turki iaitu Recep Tayyip Erdogan yang nampak begitu lantang dan hilang sabar apabila bertikam lidah dengan Presiden Israel Shimon Peres berhubung serangan negara yahudi (laknatullah) itu ke atas Gaza. Sememangnya sebagai seorang yang beragama islam saya menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin itu begitu juga saya pertahankan segala apa yang diperkatakan oleh presiden turki itu. Walau apa juga urusan yang kita lakukan selagi kita berhubung dan bekerjasama dengan kaum yahudi selagi itulah sikap berat sebelah akan diamalkan seperti yang dilakukan oleh moderator David Ignatius semasa persidangan ekonomi dunia di Davos dimana beliau lebih memihak kepada si yahudi laknat itu. Sekali sikap tokoh korporat dan pemimpin dunia seolaholah menyokong kezaliman pencerobohan zionis di Gaza apabila mereka boleh bertepuk tangan dan bersorak tatkala si tua kutuk Shimon Peres merepek-repek mempertahankan tindakan keji itu.Apapun sekalung tahniah dan syabas buat Recep kerana kelantangan beliau, kita perlu tahu kaum yahudi ini sangat bijak dalam mengekploitasi keadaan dan sentiasa berbohong supaya semua orang tunduk dan simpati pada mereka.



Seharusnya mereka perlu rasa malu kerana menjadi bangsa yahudi yang sememangnya tidak layak menduduki barang seinci pun tanah di muka bumi tuhan. Sepatutnya mereka perlu sedar dari zaman nabi-nabi dahulu Allah memberi pertolongan kepada mereka kerana Allah maha tahu bahawa kaum yahudi ini sampai bila-bila tidak akan berubah sekalipun mereka diberikan hidup 1000 tahun sememangnya mereka ini terkenal sebagai kaum yang melampaui batas, tidak bersyukur, penipu dan makhluk perosak paling berbahaya di muka bumi ini. Sesungguhnya inilah yang dikatakan sebagai kaum yang selalu menggunakan nafsu berbanding akal fikiran yang Allah anugerahkan kepada mereka tetapi sedkit pun tidak mahu digunakannya.



Oleh itu Allah ingin supaya kita umat islam jangan sesekali mencontohi sikap yahudi ini dan supaya kita ambil pengajaran berguna daripada sikap keji yahudi ini. Disebabkan sikap buruk yang mereka miliki dan warisi ini menyebabkan mereka adalah kaum yang paling tamak di mana kita dapat lihat apa juga bidang perniagaan akan dibolot oleh kaum ini kerana mereka ingin menguasai dunia dan mahu semua pihak mengikut segala telunjuk mereka. Inilah yang kita dapat lihat dimana komuniti yahudi ini mempengaruhi dan melobi pemimpin , politik, ekonomi di Amerika Syarikat , lihat sahaja berapa ramai presiden AS yang dipilih perlu menyatakan persetujuan menyokong padu yahudi dan Israel. Saya sama sekali tidak mengharapkan apa perubahan besar yang akan dilakukan oleh Barack Obama ini kerana beliau mengkhianati agama islam dengan menyokong secara membabi buta kerenah Israel.



Israel perlu tahu bahawa mereka tidak akan selamanya berada dipuncak dan apabila sampai masanya mereka akan tersungkur bersama-sama senjata yang mereka gunakan untuk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa ini kerana akan tiba suatu masa nanti seperti yang dijanjikan Allah yang maha besar itu bahawa orang-orang islam akan bangkit berperang dan memusnahkan negara yahudi dan kembalikan semula tanah milik orang islam kepada yang sepatutnya. Di saat menghadapi kehancuran inilah yahudi akan menjadi kaum yang paling lemah lagi pengecut.

Friday, January 30, 2009

Lorong 3 & Kenangan

Hampir 2 tahun aku tingalkan keindahan dan suasana ceria di Port Dickson. Bermacam-macam kenangan dan memori pahit dan manis yang masih lagi tergiang-giang dalam kotak fikiran.Aku masih ingat tanggal 7.7.2004 aku mendaftarkan diri sebagai pelajar poli untuk diploma pemasaran dan pada ketika itu berat juga langkah aku nak tinggalkan rumah sebab 3 bulan sebelumnya aku habiskan masa menyertai PLKN di PDS Resort di Pasir Panjang. Tapi atas keinginan yang tinggi untuk sambung belajar dan sokongan family aku tekad untuk habiskan 3 tahun lagi untuk memperoleh Diploma.


Sememangnya banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat semasa belajar di situ. Bermula dari situ aku mula kenal erti remaja, persahabatan dan pengkhianatan. Perkenalan dengan rakan-rakan baik yang sekepala buat aku tambah seronok belajar, kawan-kawan aku Masni, Atie, Zura & Alin banyak bersama-sama aku dan kami sama-sama harungi pertelingkahan sesama rakan sekelas ini banyak mengajar kami untuk mengenal siapa musuh dalam selimut….akhirnya yang pembikin fitnah sendiri menanggung perbuatan terkutuk sebab menganiaya orang lain…hahaa padan muka kau….

Lupakan kisah sedih lagi menyakitkan hati tu, apa yang lebih menarik ialah kenangan ketika kami berenam termasuk Azu menyewa di Lorong 3 nombor 66. Dirumah itu dan kawasan yang sewaktu dengannya menyaksikan kehidupan kami yang seronokdalam meniti hari-hari sebagai remaja. Masih ingat lagi ketika itu kami berjiran dengan sekumpulan pelajar lelaki yang turut menyewa dihadapan rumah kami. Apa yang tak dapat dilupakan kami sebenarnya saling mengintai antara satu sama lain hahaha….memang kelakar bila masing-masing akhirnya kantoi huhuhu….malu tak tau mane nak letak muka. Ini semua terjadi apabila salah seorang kawan aku Si Zura yang kuat melatah termelatah bila kami dari belakang mengendap zura masa dia leka mengintai…hahaha ape lagi die melatah sambil menjerit-jerit kebetulan pulak budak-budak laki depan tu tengah lepak depan rumah semua pandang arah rumah kami pe lagi malu la bila masing-masing terpandang satu sama lain. Apa yang boleh dikatakan aktviti harian kami dah kantoi…tapi seronok jugak….

Satu lagi kengangan manis yang aku paling tak dapat lupakan bila untuk projek akhir course kami kumpulan kami yang buat preparation last minute terpilih jadi wakil jabatan untuk bertanding dengan jabatan lain. Wooow seronok bukan kepalang pe taknye persiapan yang kami buat mase dateline de 2 weeks je tapi aku solute la ngan kawan aku yang lain sebab buat projek ni secara professional. Life kat PD buat aku rase happy tapi tak la berlebih-lebih. Bila ade mase terluang kami kerap habiskan dengan bermain air sepuasnya di pantai poli….sebabkan budak-budak poli selalu sangat mandi kat pantai depan politeknik ni name pantai tu pun secara rasmi orang panggil Pantai Poli….
Untuk last semester kami semua dikerah untuk menyertai kem Bina Negara best sebab kami spend 2 hari di kuarters KLIA…tapi ade pengalaman mlucukan mase kat sane. Ceritenye bermula pada malam pertama disana kami telah disuruh beratur panjang dan setiap seorang diberi nombor giliran masing-masing ini untuk aktiviti Solo Camp yng dibuat di hutan berhampiran.
Tiba je giliran aku kene redah hutan sorang aku dah pesan pada membe aku Atie untuk tunggu aku dipokok berhampiran. Masa aku jumpa atie dekat pokok tu kami takut jugak tapi nekad je jalan tapi sampai satu kawasan yang banyak pokok tu gelap sangat tetibe je segumpal kain putih tepat kene kat muke aku pe lagi sebabkan panic sangat aku baling kuih ngan air mineral tu kat arah tempat orang yang baling aku tu…sakit hati aku ni dah la tengah takut lepas tu nak takut-takutkan orang lagi…hampeh. Sekali lagi kami jalan lebih jauh tapi sampai satu curam aku makin takut dan panic bila de pulak kain putih berjalan mendaki nak pergi arah kami aku ngan Atie pun berpeluk dan bace ayat kursi sekuat-kuatnye wawawa takut betul…tapi yang pelik aku sambil aku ngan atie bace ayat tu aku tengok kain putih tu bergerak macam orang berguling lak….pelik aku. Esoknye semase raptai penutup majlis tu salah seorang cikgu yang melatih telah berucap dan die dengan selamba telah mencerikan kepada semua orang bahawa terapat dua orang pelajar yang begitu bersungguh-sungguh mengaji…pe lagi kawan-kawan aku semua riang hati gelakkan aku dan Atie…
Tempat paling adventure aku ngan kawan-kawan aku pergi kat Gunung Senyum tempat tu memang best kat situ jugak la ak terpegun tengok keindahan alam ciptaan tuhan...subhanallah bila kami tengok kolam di tengah hutan tu air dalam die warna biru tapi sayang la penunjuk arah tu kata jangaj berani-berani nak tangkap ikan dalam kolam tu sebab de penunggu yang jaga ikan-ikan dalam tu... satu lagi keadaan gua yang sejuk kadang-kadang buat kami semua rase takut juga sebab tempat tu gelap sangat bila tetibe penunjuk arah tu suruh semua tutup lampu...menariknye pasal Gunung Senyum banyak cerita mistik.misteri dan sejarahnya....

Saturday, January 24, 2009

Kesal , Kecewa , Marah & Dendam tidak berguna jika Umat Islam tidak bersatu

Genap hari ini sudah hampir seminggu gencatan senjata berlangsung di antara Israel (laknatullah) dengan Hamas. Walaupun sudah seminggu perang ini berakhir tetapi hingga kini kita masih lagi mendengar berbagai-bagai cerita sedih yang meruntun-runtun jiwa kemanusiaan ini tatkala menatap gambar kanak-kanak yang tidak berdosa kaum wanita dan keluarga terpaksa menanggung sakit kerana kecederaan yang dialami disebabkan kezaliman dan sikap kebinatangan mahkluk yang berbangsa yahudi yang boleh kita gambarkan mereka ini seperti yajuj dan majuj yang sering melakukan kerosakan di muka bumi ini tanpa sempadan. Disebabkan perang ini juga hampir keseluruhan rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan bakal mengalami kebuluran jika Mesir yang merupakan kambing hitam Israel berdegil tidak mahu membuka sempadan mahupun Israel yang bertindak kejam menyekat bantuan-bantuan antarabangsa.


Pada ketika ini apa yang sangat menyedihkan kita penindasan dan peperangan ini berlaku adalah berpunca daripada umat islam sendiri yang semakin lemah dan kerap berbalah pendapat disebabkan perbezaan politik , ideologi mahupun keturunan. Sesungguhnya sebagaimana yang diingatkan oleh Allah terhadap hambanya bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga mereka yang mengubahnya sendiri. Perubahan yang boleh kita lakukan bukan sekadar duduk semeja berbincang mengenai isu ini tetapi kita perlu bersatu hati dan bekerjasama sesama islam untuk mempertahankan agama suci ini.

Di sini apa yang perlu kita lakukan buangkan sikap mementingkan keduniaan percayalah setiap pergolakan yang tercetus terutamanya dikalangan umat islam adalah disebabkan kita terlalu memandang tinggi keturunan yang kita warisi tanpa kita sedar taraf kita disisi Allah adalah sama. Tidak malukah kita dengan para-para Nabi dan Sahabat Nabi itu yang kehidupan mereka sangat zuhud terhadap akhirat sedangkan semasa hidup mereka telah pun dijanjikan oleh Allah bahawa mereka akan sentiasa mendapat kehidupan yang baik diakhirat, sedangkan kita manusia biasa yang belum tentu lagi setiap amalan kita itu bakal diterima atau sebaliknya oleh Allah terlalu angkuh hidup dimuka bumi ini.


Manusia pada masa kini lebih memandang status dunia berbanding status kehidupan diakhirat, contoh ini terlalu hampir sangat dengan kehidupan harian kita dimana lihat sahaja kita sanggup berhabis-habisan hanya untuk melakukan sesuatu majlis hanya kerana terlalu memandang tinggi keturunan yang diwarisi dan pangkat yang disandang. Begitu juga kehidupan yang diamalkan oleh umat islam itu sendiri melampaui batas kehidupan mereka sebagai contoh baru-baru ini salah seorang keturunan raja Arab yang berebut-rebut untuk membeli pasukan bola sepak liga inggeris sesungguhnya apa yang dicari denga bola itu? adakah bola-bola itu boleh menbantu mereka ketika berdepan dengan hukuman Allah diakhirat nati?Gila lah jika itu yang dijadikan sebagai misi hidup mereka. Sepatutnya pada ketika ini mereka membantu saudara islam di palestin, apalah salah jika duit yang berbilion itu disalurkan untuk bantuan kepada saudara islam di palestin ini kerana mereka adalah golongan yang mampu melainkan kita ini sekadar mampu menadah tangan bermohon doa dan menyuarakan rasa marah sebagai satu cara untuk menyedarkan diri kita dan yang lain.


Seperkara lagi kehidupan dan kesenangan yang melimpah ruah telah membuatkan kita lupa kepada orang lain yang hidup susah, sesungguhnya bagi si kaya pada fikiran mereka apa guna harta yang melimpah-ruah yang diperolehi atas kerja keras selama ini perlu dikongsi bersama orang miskin yang pada pandangan mereka hanya menyusahkan orang lain. Hal ini dapat kita lihat melalui layanan melampau diberikan kepada orang yang berkuasa kononnya dalam menyambut sesuatu keraian tanpa memikirkan duit yang dikeluarkan itu bukanlah hak mutlak mereka sebaliknya ia adalah kepunyaan orang-orang yang lebih memerlukan.


Pada ketika ini islam sangat dahagakan seorang pemimpin zuhud , mulia dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam islam bangkit menyatupadukan seluruh umat islam yang sememangnya lebih ramai dari golongan kafir untuk menentang segala bentuk kekejaman yang dilakukan kepada orang islam lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku di Palestin.


Antara lain melalui kisah sedih, kecewa , marah dan dendam yang dialami oleh saudara islam kita di Palestin bakal memberi pengajaran berguna kepada kita supaya ketepikan status keturunan, pangkat, kekayaan yang bersifat sementara agar kita bersatu supaya dapat melahirkan harapan baru dalam membela nasib islam dan umatnya. Ingatlah kita ini adalah umat akhir zaman yang beruntung sebenarnya kerana setiap cabaran getir yang diberikan kepada kita itu adalah tandanya Allah kasih dan sayang kepada kita supaya kita tidak berputus harapan dan terus berusaha , bertqwa dan bermohon kepada Allah yang satu. Ingatlah betapa Nabi Muhammad itu amat menyayangi umatnya hinggakan apabila sampai saat menghembuskan nafas terakhir baginda sempat menyeru Ummat ku sebanyak tiga kali sebagai tanda kasihnya baginda dan sedih tatkala terpaksa berpisah dengan umatnya. Oleh itu balaslah pengorbanan dan kasih sayang baginda dengan bersatu padu dan bekerjasama melaksanakan kembali segala syariat yang pernah dilakukan baginda semasa memerintah kota Madinah. Sandarkanlah kehidupan yang sementara ini dengan ketinggian iman dan jihad serta bersederhana.

Sunday, January 18, 2009

Burung Hijau Untuk Para Syuhada

Di dalam Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata:

“Sabda Rasulullah SAW, “Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy.”

“Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, “Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang.”

Lantas Allah berfirman, “Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka.” Lalu Allah turunkan ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887).


Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:

“Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas’ud) tentang maksud ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)

Kata Ibnu Mas’ud, “Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:

“Ruh para syuhada’ itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: “Adakah kalian inginkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu.”

“Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi.”

“Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan.”

MAHU DIBUNUH LAGI 10 KALI

Mereka yang telah merasai nikmat mati syahid pasti akan menginginkan supaya mereka dihidupkan kembali oleh Allah supaya mereka dapat terus berjuang dan kemudiannya dibunuh syahid sekali lagi. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi SAW di dalam banyak hadith, antaranya yang diriwayatkan di dalam Sohih Muslim (1877) dan Sohih Bukhari (2817):

“Tidak ada sesiapapun yang masuk syurga ingin kembali semula ke dunia… kecuali orang mati syahid. Sesungguhnya (orang yang syahid) ingin kembali ke dunia dan dibunuh lagi 10 kali disebabkan mereka telah menyaksikan pelbagai karamah (dan pelbagai nikmat anugerah Allah kepada mereka).”

DEBU MENGHALANG NERAKA

Anugerah dan nikmat Allah kepada para syuhada’ sememangnya amat berbaloi. Pengorbanan mereka adakalanya dianggap bodoh oleh sesetengah orang. Masakan tidak, ketika orang lain bersenang lenang memilih jalan rehat dan boleh bergembira dan bergelak tawa bersama ahli keluarga dan sahabat handai di rumah, mereka memilih jalan yang sukar. Dipenuhi ranjau dan duri.

Dengan pakaian compang camping dan kaki yang sentiasa berdebu. Namun debu itu debu kemuliaan. Debu yang mendatangkan rahmat Allah. Di dalam Sohih Bukhari (2811) diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak mungkin kaki-kaki yang berdebu pada jalan Allah, lalu disambar oleh api neraka.”LUKA

BERBAU HARUM KASTURI

Bukan setakat tidak disambar api neraka, bahkan mereka masuk ke syurga dengan keadaan yang sangat bahagia. Abu Hurairah berkata:

“Bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi (Tuhan) yang diriku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang itu tercedera pada jalan Allah melainkan dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya menitiskan darah, warnanya warna darah, dan baunya bau kasturi.”(2803 Al Bukhari dan 1876 Muslim)

SYAFAAT UNTUK 70 AHLI KELUARGA

Ketika berada di pintu syurga, mereka dipelawa memasukinya dengan penuh penghormatan. Bidadari berbaris menanti ketibaan bakal suami mereka. Namun para syuhada’ ini enggan memasukinya kerana mereka ingin berkongsi nikmat anugerah Allah ini dengan ahli keluarga mereka. Lalu Allah mengampunkan 70 orang keluarga terdekat untuk mengiringi mereka masuk ke syurga. Subhanallah…Ya Allah

Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunannya (2522): bahawa Nimran bin Utbah meriwayatkan:

“Kami masuk ke rumah Ummu Darda’ sedangkan kami ketika itu anak yatim. Ummu Darda’ berkata, “Bergembiralah kalian kerana aku dengar Abu Darda’ berkata, “Sabda Rasulullah SAW: “Orang mati syahid boleh memeri syafaat kepada 70 orang ahli kelurganya.”

SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG

Dengan berbagai janji nikmat dan kebahagiaan ini, maka para mujahid sedikitpun tidak gentar dalam melaksanakan agenda perjuangan mereka. Mereka tidak hairan apa yang terpaksa ditempuh dan dirempuh. Kerana di hadapan mereka ada syurga. Di hadapan mereka ada redha Allah.

Imam Al Bukhari meriwayatkan di dalam Sohihnya (hadith 2818):

Daripada Salim (Maula Umar) katanya: “Abdullah bin Abi Aufa menulis kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dan ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayangan pedang.”
oleh ibnuismail

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.


5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.